Hotel Menarik Di Busan Korea Sampai Kami Menginap 3x Berturut2

Hotel yang bakal saya kongsikan ini sangat menarik sehingga kami sekeluarga menginap di sana TIGA kali berkunjung ke Busan, Korea. Apa yang begitu menarik hinggakan kami memilihnya TIGA kali berturut-turut? Inilah sebabnya…

Lokasi Yang Sangat Strategik

Bayangkan Busan Metro/Subway (keretapi bawah tanah macam Putra/LRT kita) betul-betul depan lif hotel. Keluar je bilik, turun guna lif, terus sampai Busan Metro/Subway. Lagi-lagi la kalau bawak orang tua atau anak-anak kecil tapi nak bergerak ke sana sini naik train juga. Memang BEST!

Ye lah, jimat banyak kalau naik Metro/Subway ni; KRW1,300 sehala kalau beli tiket kat vending machine atau KRW1,200 sehala kalau pakai kad T-Money (macam kad Touch&Go kita). Cuma, stesen Metro/Subway ni bukan lah betul-betul depan lif ye. Lepas keluar lif & keluar daripada hotel baru boleh turun terus ke stesen Metro/Subway BUJEON.

Selain keistimewaan betul-betul di atas stesen Metro/Subway BUJEON, lokasi hotel ini juga antara tempat perhentian bas mini untuk ke GAMCHEON Culture Village (juga dikenali sebagai “Santorini of the East”); salah satu tarikan pelancong di Busan. Justeru, anda tak perlu naik Metro/Subway sampai ke stesen TOSEONG baru naik bas mini ini ke Kampung Kebudayaan GAMCHEON.

Jimat masa, tenaga & tambang.

Berdekatan Kedai & Pasar

Mula-mula, kedai runcit CU ada betul-betul lepas keluar daripada lif di tingkat SATU. Di situ lah tempat kami beli & Top Up kad T-Money menggunakannya di metro/subway & bas di busan. Sebenarnya, kad T-Money tu jugalah yang kami Top Up bagi pembelian runcit di kedai sebab malas nak simpan syiling.

Top Up terus KRW20,000-30,000.

Kedai makan untuk sarapan juga berlambak, jadi tidak perlu bayar lebih untuk sarapan pagi di Hotel. Kalau malas jalan kaki, Starbuck betul-betul ada depan kedai runcit CU. Jika anda juga boikot produk Zionist, boleh beli sarapan pagi (macam roti) di kedai bakeri Paris Baguette seberang jalan besar.

Hotel Menarik di Busan hotel Hotel Menarik Di Busan Korea Sampai Kami Menginap 3x Berturut2 Screenshot 2014 10 29 11

Kemudian, Hotel ini hanya lagi satu stesen subway saja untuk ke SEOMYEON; ala-ala pusat bandar di Busan lah. Di SEOMYEON ni terdapat pusat beli belah yang ternama; LOTTE Department Store. Di sana juga terdapat deretan-deretan kedai khas untuk pejalan kaki membeli beli, sibuk & meriah!

Selesa & Mesra Pelancong

Sebab utama mula-mula kami menginap di hotel ini ialah kebolehan pekerja-pekerjanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Majoriti rakyat Korea masih gagal menguasai bahasa Inggeris, walaupun bekerja di sektor pelancongan asing. Justeru, kebolehan mereka berbahasa Inggeris satu faktor penting bagi pengunjung yang tak layan drama Korea macam kami ni.

Walaupun Hotel ini tergolong dalam kategori Bajet, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Mereka sediakan Water Dispenser di setiap tingkat (boleh ambil sebanyak mana pun air & ais), mesin penimbang berat di tingkat satu untuk menimbang luggage (saya suka menggunakannya untuk menimbang berat sendiri, HeHe) & parkir kereta percuma.

Bellboy mereka juga boleh tolong panggilkan teksi di luar.

Kita rehat-rehat saja di lobi bawah tunggu teksi sampai.

Seperti hotel bajet lain, ruang bilik Standard memang agak sempit. Lebih sempit jika anda membawa berbondong-bondong beg luggage. Tapi jika anda berdua saja di bilik, sepatutnya tiada masalah langsung. Namun, jika anda berhimpit-himpit dengan anak-anak di bilik tersebut, mungkin sedikit serabut. Oleh itu, kali kedua & ketiga menginap di sana, kami mengambil bilik Junior Suite.

Hotel Menarik di Busan hotel Hotel Menarik Di Busan Korea Sampai Kami Menginap 3x Berturut2 2014 10 29 08 23 17

Nak tahu apa nama hotel BEST ni?

Klik butang LIKE di bawah untuk korek kisah kami seterusnya…

Hayreddin Barbarossa: Pembela Islam Di Lautan Mediterranean

Sambil jalan-jalan di kedai buku MPH cari gam untuk anak sulung, saya ternampak buku “Hayreddin Barbarossa: Pembela Islam Di Lautan Mediterranean” ini di rak,

hayreddin barbarossa: pembela islam di lautan mediterranean hayreddin Hayreddin Barbarossa: Pembela Islam Di Lautan Mediterranean 10736233 10204905798188112 1129562845 n

Sudah tentu masa mula-mula nampak buku ni terdetik dalam diri “siapa pulak lah si Hayreddin Barbarossa ni. Tak pernah dengar pun”. Tapi bila belek kulit belakang untuk sinopsis, ade tertera kata-kata ni,

“Ramai yang tidak mengenali siapa Hayreddin Barbarossa, namun sekiranya disebut filem Pirate of Carribean, ramai yang angkat tangan tahu. Salah satu watak dalam filem itu adalah inspirasi daripada laksamana agong ini”

 

…saya terus beli.

Lagi pun, cuma RM20 sahaja. Jauh lebih murah daripada buku-buku Marketing, Business, Management & Finance luar negara yang biasa saya miliki.

Seperkara lagi yang buat saya tertarik daripada sinopsis ialah,

“…Kemasyhuran beliau kemudian cuba dihitamkan oleh pihak barat, dengan menuduh beliau adalah raja lanun terhebat yang pernah wujud di lautan”

 

Saya memang betul-betul faham sifat orang barat yang begitu memburuk-burukkan khilafah Islam; terutamanya Uthmaniyah selaku khilafah terakhir. Setiap kali ke luar negara melawat tempat-tempat bersejarah di sana hampir pasti tiada disebut tentang penglibatan Islam walaupun hakikatnya ia juga memainkan peranan penting.

Contoh mudah, anda boleh baca pengalaman saya di Cyprus DI SINI. Negara Utara Cyprus tidak diiktiraf dunia kerana dituduh ia dijajah secara tidak sah. Israel rampas negara sah Palestin selama ini selamba badak je pulak.

Anyway,

Saya suka belajar salahsilah Hayreddin Barbarossa daripada buku ini; gaya penceritaan buat kita pun senang faham. Ayah beliau; Yaakub Aga, adalah bekas tentera Elit Janissari. Tentera Elit Janissari ni adalah salah satu bahagian ketenteraan kerajaan Uthmaniyah pada zaman pemerintahan Sultan Muhamad Al Fateh; Sultan yang berjaya menawan Constantinople.

Dari kecil memang Hayredin di asah bakatnya oleh ayah kandungnya sendiri.

Kedua, saya suka belajar perjalanan perjuangannya dalam usaha mengukuhkan kedudukan Islam. Siapa yang pernah atau selalu ke negara Eropah, pasti pernah dengar nama-nama Sicily, Malta, Marseille, Minorca, Monaco, Capri, etc kan? Siapa sangka tempat-tempat ini ada pengaruh Islam yang kuat, kan?

Kalau ke sana, tahu lah serba sedikit apa yang ingin dipelajari & diperhati.

Ketiga, saya suka dengan taktik-taktik berperang gaya Hayreddin. Antaranya tatkala kapal layar bermegah-megah dengan kapal tentera yang begitu besar, Hayreddin Barbossa masih boleh menang besar dengan kapal tentera yang lebih kecil; sebab ianya lebih pantas & mudah dikemudi. Pengajaran yang sama dalam perniagaan. Peniaga kecil memiliki kelebihan lebih cepat bertindak menyesuaikan keadaan berbanding syarikat gergasi yang banyak lemak (malas & complacent).

Think BIG (berfikiran luas & berjiwa besar) and Act Small (fokus apa yg penting).

Keempat, over & over again sejarah membuktikan sesuatu kerajaan Islam akan runtuh apabila raja/sultannya kelabu mata. Inilah yang terjadi pada Sultan Mulei Hassan (Tunisia) dan Abu Zayan (Algeria); sampai sanggup bagi 100% cukai ke kerajaan Sepanyol kalau berjaya kalahkan Hayreddin demi kuasa. Kalau ada satu perkara yang buat Hayreddin berjaya over & over again, beliau tidak pernah cair dengan godaan harta & kuasa; tolak tawaran dunia oleh Putera Charles V.

Kalau nak berjaya, jangan sesekali buat apa-apa semata-mata kerana duit.

Kelima, pilihan strategi akan lebih terbentang luas sekiranya kita tidak melakukan sesuatu kerana DUIT & KUASA. Contohnya, abang Hayreddin yang sudah pun menjadi raja Algeria sanggup menjadikannya wilayah jajahan mutlak Uthmaniyah (dah tak jadi raja, cuma Gabenor saja) bagi mendapatkan kapal perang & bantuan ketenteraan. Tak jadi raja pun takpa, asalkan penduduk Islam terbela.

Ikhlaskan niat dengan apa yang kita usahakan. InsyaAllah, akan diberi petunjuk.

Sudah tentu ini cuma sebahagian daripada 1001 pengajaran yang bakal anda pelajari daripada buku ini. Berminat? Saya dapatkannya di kedai MPH. Tapi kalau anda inginkan segera tapi tak sempat nak ke kedai buku, boleh beli secara online DI SINI. Harganya pun 15% lebih murah, cuma RM17 sahaja.

Selamat membaca!

Panduan Menulis Blog Yg Popular & Menguntungkan – 10 Langkah Mudah

Panduan menulis blog ini penting bagi blogger dan peniaga online. Menulis artikel berkualiti tinggi mungkin memakan masa yang banyak. Tapi dengan 10 langkah yang bakal saya kongsikan di sini, anda boleh menghasilkan artikel yang popular & menguntungkan pada waktu yang lebih singkat.

#1: Apa Tujuan Blog?

Walaupun nampak mudah, tapi ramai yang keliru tujuan mereka menulis blog atau artikel. Jika anda peniaga online, apa fungsi Blog dalam perniagaan anda? Adakah blog anda tentang “tak kira lah halal ke haram ke janji ada sales” atau “membantu orang lain menyelesaikan masalah, keuntungan datang selepas itu”? Apa saja artikel yang anda tulis dalam blog sepatutnya selari dengan tujuan blog.

Tujuannya supaya kita lebih konsisten dalam penulisan sehingga pembaca yang datang ke blog kita tidak keliru atau menyampah dengan apa yang kita kongsikan. Sebagai contoh, kita menulis artikel tentang “ikhlas dalam perniagaan”. Dalam artikel yang lain kita menyebut “menipu pelanggan takpe kalau dia tak tahu”.

Habis rasa menyampah, meluat & rasa nak termuntah, bukan?

#2: Apa Kaitan Anda Dengan Pembaca?

Katakan kita menjual bantal. Hubungan kita dengan pembaca sewajarnya bukan sekadar “aku hanya penjual bantal”. Sebaiknya kita menjadi seorang penjual bantal yang ingin membantu masalah pembaca yang sering sakit leher setiap kali bangun tidur. Hasilnya, artikel dalam blog kita lebih menjurus kepada perkongsian bagaimana produk yang kita jual tadi dapat membantu pembaca.

Takde lah asyik “HARGA TERMURAH” atau “TAWARAN HEBAT” semata.

Jika setiap artikel dalam blog ditekankan aspek sebegini, pasti pembaca menjadi lebih selesa untuk terus membaca, FOLLOW blog kita, LIKE/SHARE artikel kita di Facebook mereka. Akibatnya, blog anda akan jadi lebih popular. Jika anda membina blog bagi tujuan perniagaan, pasti ianya memberikan hasil lumayan.

#3: Cari Data atau Contoh Berkaitan

Mungkin kita ingin memberi penekanan tentang beberapa perkara dalam penulisan blog. Jika begitu, usahakan data atau statistik yang dapat menyokong idea yang kita cuba ketengahkan. Sebagai contoh kalau nak jual makanan sunnah sampai yang lain tu HARAM. Jangan lah asyik cakap “sebab Nabi Muhammad SAW makan”. Dah kalau di Artik atau Antartika mana nak dapat kurma hari-hari?

Pastikan data itu benar-benar “fool-proof” yang tidak membodohkan diri sendiri.

Atau, mungkin juga anda ingin menampilkan beberapa testimonial daripada pembaca atau pengguna. Pastikan ianya benar-benar asli, bukan rekaan semata-semata. Dan jangan terlalu asyik mencari kisah orang lain sampai lupakan kisah diri sendiri. Jika anda juga ada pengalaman berkaitan, gunakannya!

#4: Kenalpasti Pendekatan Terbaik

Kadang-kadang kita ingin mengulas sesuatu topik yang sangat rumit, berat dan penuh kontroversi. Kadang-kadang kita hanya rasa nak menulis artikel yang ringan-ringan sahaja. Tak kira apa pun topik, fikirkan cara yang paling sesuai untuk dipersembahkan kepada pembaca agar mereka benar-benar faham.

Adakah idea yang ingin kita sampaikan lebih sesuai ditulis dalam bentuk cerita? Sebagaimana saya kongsikan tips nak dapatkan hotel MURAH di Cyprus (klik sini). Atau lebih menarik jika di mudahkan dalam bentuk bullet-point sahaja seperti tips nak beli tiket kapal terbang MURAH/PERCUMA (klik sini).

Apa saja pendekatan yang difikirkan terbaik bagi pembaca

#5: Mengarang 1st Draft Yg Buruk

Apa, 1st Draft Yg BURUK? Ya, betul. Tak kira sehebat mana pun kita, 1st Draft yang dihasilkan pasti BURUK, BUSUK & HAMPEH sampai kita sendiri yang tulis ni pun rasa geli nak baca. Nasihat saya, usah terbawa-bawa dengan perasaan sebegini sampai rasa rendah diri “malunya kalau orang lain baca”. Just TULIS!

Jangan risau. Yang namanya 1st Draft, memang begini. Usah berhenti, teruskan menulis & tulis idea yang ingin kita sampai sehingga ianya dirasakan sudah cukup jelas. Abaikan dulu format apa, warna teks apa, perenggan macam mana, gamba nak letak mana, dsb supaya idea yang datang waktu kita menaip tidak terganggu.

Apa lagi 5 langkah kritikal seterusnya? Teruskan membaca…

Pengajaran

Menulis blog memang tak susah mana pun jika anda sedia untuk meluangkan masa & tenaga untuk mula menulis. Sama seperti Matematik, menulis juga memerlukan latihan. Bezanya anda dah ada jalan pintas untuk menghasilkan artikel terbaik dengan perkongsian tips-tips di atas. Usah buang masa lagi.

Tulis artikel hari ini!

Jalan Jalan Cyprus – Lokasi & Hotel Mana Paling Strategik?

Pilihan penginapan agak terhad kalau anda nak jalan jalan Cyprus berbanding bandar-bandar moden negara-negara maju yang lain. Terhad di sini bukan bermaksud jumlah bilik penginapan yang tidak mencukupi, tapi lebih kepada pilihan atau jenis penginapan yang terbatas. Dalam kebanyakan kes, pilihan yang ada cuma hotel bertaraf lima-bintang; yang sebenarnya kalau dibandingkan di Malaysia hanya layak diberi 3-4 bintang sahaja (nanti saya ceritakan kenapa), ataupun hotel bajet yang diberi 1-2 bintang.

Alhamdulillah, kami sempat merasai kedua-duanya sepanjang berada di sana.

Sebelum saya ceritakan lebih lanjut berkenaan Hotel mana yang BEST, ada baiknya saya kongsikan dulu lokasi mana yang sesuai untuk anda.

Bandar Nicosia Lokasi Paling Strategik

Jalan Jalan Cyprus jalan jalan cyprus Jalan Jalan Cyprus - Lokasi & Hotel Mana Paling Strategik? cyprus nicosia
Lokasi Nicosia di tengah-tengah kepulauan Cyprus, cuma 50km daripada Lapangan Terbang Larnaka (LCA)

Kami memilih untuk menjadikan Bandar Nicosia sebagai pusat penginapan sepanjang kami mengembara bahagian Utara & Timur Cyprus. Alhamdulillah pilihan kami tepat. Kerana lokasi bandar Nicosia yang betul-betul dekat dengan Green Line atau sempadan Cyprus Utara/Selatan, ia memudahkan kami keluar masuk melalui imegresen & kastam Cyprus & Turki dengan lancar, mudah & cepat.

Kami menginap di Nicosia sepanjang kami mengembara ke Kyrenia (jarak 30km), Semenanjung Karpas (150km), Famagusta (70km), Troodos (80km) & Agia Napa (85km). Oleh kerana kami keluar awal & sampai pun awal ke Kyrenia pada hari pertama, kami mengambil peluang itu untuk ke semenanjung Karpas (yg paling jauh jaraknya daripada Nicosia) pada hari yang sama.

Masih sempat makan malam di Nicosia pada malamnya.

Justeru, jika anda ingin mengembara ke Utara Cyprus namun masih ingin menetap di bahagian Selatan Cyprus, Nicosia adalah lokasi paling strategik. Nama pun ibu negara Cyprus sejak zaman-berzaman kan, sudah tentu lah strategik. Makanan halal juga lebih banyak di Nicosia berbanding lokasi-lokasi lain.

Menginap di Limassol Untuk Selatan Cyprus

Atas sebab yang sama dengan Nicosia; berada di tengah-tengah antara bandar & pusat pelancongan utama seperti Paphos, Troodos & Larnaka, kami pun memilih untuk menginap di Limassol. Namun kami sampai di sana dengan sedikit perasaan kecewa. Sebabnya,

  1. Bandar Limassol agak sesak, padat & banyak sangat orang, macam Larnaka.
  2. Limassol tidak banyak pusat tarikan menarik berbanding Paphos.
  3. Pasir di pantai Limassol adalah hitam, tidak putih seperti tempat lain.
jalan jalan Cyprus jalan jalan cyprus Jalan Jalan Cyprus - Lokasi & Hotel Mana Paling Strategik? 10682686 10204680976247704 2015036992 o
Pasir pantai Limassol yang hitam. Khusyuk memantau anak-anak bermain pasir tatkala sang isteri yang satu sedang berOnline Conference di Bilik. (klik photo untuk gambar lebih sharp & cantik)

Jika kami jalan jalan Cyprus lagi selepas ini, rasanya kami akan pilih Paphos sebagai lokasi penginapan. Sebabnya, Paphos:

  1. Rata-rata pasir pantainya yang putih & ada batu karang sampai ada orang snorkeling di sepanjang Pantai Alykes & Pantai Vrisodia II.
  2. Tidak terlalu sesak & serabut dengan pelawat/pelancong. Sesuai untuk beristirehat di tepi-tepi pantai sepanjang “Esplanade” Poseidonos Avenue.
  3. Banyak pusat-pusat pelancongan & tempat-tempat menarik berdekatan Paphos; e.g. Paphos Archaeological Park, Arkamas Peninsula National Park & Polichrysochous.

Namun, Limassol tidaklah terlalu teruk. Lebih-lebih lagi memang niat kami untuk berehat-rehat tepi pantai Cyprus dalam Hotel lima-bintang. Dan Limassol antara lokai yang menempatkan hotel-hotel lima-bintang bertaraf dunia.

Hotel 5-bintang mana yang kami duduk tu?

2-Hotel Berbaloi Sepanjang Kami Di Cyprus

Sebelum membuat sebarang tempahan untuk penginapan di Cyprus, saya dah senarai pendek siap-siap hotel mana nak duduk. Hotel-hotel tersebut adalah,

Di Nicosia:

  • Hotel Hilton: Saya suka hotel ni kerana ia pernah dijadikan sebagai pusat konsulat sementara semasa krisis tentera Turki menduduki bahagian Utara Turki. Malah ia juga digunakan sebagai pusat perbincangan Jeneral British sebelum menghadapi delegasi Turki di sempadan “Green Line”. Tambahan pula, ia menyediakan kolam renang untuk anak-anak kami berenang. Mereka tak suka berenang di pantai/laut, takut kena makan dengan ikat Jaws. Namun, kami sedikit ragu-ragu untuk membelanjakan €250 (RM1,050) semalam (termasuk katil tambahan tapi tidak termasuk sarapan pagi, tambah lagi €20 setiap kepala) hanya untuk tidur; memandangkan kami lebih banyak berada di luar berbading di Hotel semasa di Nicosia.
  • Hotel Asty: Hotel ini hanyalah bertaraf 2-bintang tapi apa yang begitu menarik perhatian saya ialah ia dipilih sebagai Hotel No 1 Nicosia Tripadvisor secara konsisten sekurang-kurangnya untuk 2-tahun berturut-turut. Skor di laman web Booking.com juga sangat tinggi, 9/10. Hotel Hilton yang 5-bintang tu pun cuma 8/10 saja. Hotel Asty begitu HOT sampai kos menginap bilik untuk 3-dewasa di sana mencecah €500 semalam (RM2,100); 2x ganda daripada Hotel Hilton yang 5-bintang tu? Haa, terkejut kan? Saya pun tertanya-tanya, “apa laaa yg bagus sangat tentang hotel bajet ni”.
Jalan Jalan Cyprus jalan jalan cyprus Jalan Jalan Cyprus - Lokasi & Hotel Mana Paling Strategik? 10705014 10204680976207703 1090923283 n
Antara senarai pencapaian Hotel Asty. Abaikan rabut yang serabai tu, baru balik daripada panjat Gunung Olympus (gunung tertinggi di Cyprus)

Di Limassol

  • Le Meridien Spa & Resort: Satu saja sebab saya berminat nak menginap di hotel ini, iaitu kumpul Mata Ganjaran Starwood Preferred Guest. HaHa! (*Starwood adalah keahlian kumpul mata ganjaran kalau menginap di mana-mana hotel rangkaian Le Meridien, aLoft, Four Point, Westin, W Hotels, Sheraton & St Regis). Kalau tidak mata Ganjaran Starwood ni banyak dikumpul semasa menginap di Le Meridien Kota Kinabalu saja. Namun, kelemahan hotel ini ialah hiasan dalamannya sudah uzur sehingga tidak menggambarkan dengan harganya yang mahal;
  • Grand Resort: Hotel ini betul-betul berada di simpang susur keluar/masuk Lebuhraya A6 (Paphos-Limassol) yang seterusnya bersambung ke Lebuhraya A1 (Limassol-Nicosia) & A5 (Limassol-Larnaka), memudahkan perjalan keluar-masuk ke bandar-bandar berdekatan. Memandangkan jadual penerbangan pulang ke Malaysia juga pada pukul 2pm & kemungkinan 1-2 jam lagi untuk melawat tempat-tempat menarik yang tak sempat dikunjungi sebelum itu, seeloknya saya duduk berdekatan dengan Lebuhraya bagi memastikan tiada sebarang gangguan lalulintas daripada Hotel ke Lapangan Terbang (jarak 70km) di saat-saat akhir. Lagipun, Grand Resort ni satu-satunya Hotel di sana yang ada bilik Superior Family Room.

Malangnya, jadual yang begitu sibuk sebelum tarikh nak berlepas ke Cyprus & Stopover di Qatar membuatkan saya asyik bertangguh sampai terlupa nak buat tempahan hotel. Sehingga ke saat-saat akhir. Sehari sebelum penerbangan baru teringat nak buat tempahan Hotel di Cyprus.

Hadoi…

Masa tu dah gelabah dah, habis lah. Tiada lagi Hotel yang sediakan diskaun.

Sekali, tiba-tiba…

Jalan Jalan Cyprus – 5 Perkara Yg Anda WAJIB Tahu & Perlu BUAT

Kami sekeluarga baru pulang daripada jalan jalan Cyprus; keliling seluruh pulau, minggu lepas. Kulit pun tak hilang pun lagi kesan sunburn ni. Daripada KLIA (Airport Code: KUL), kami STOPOVER di Doha, QATAR (Airport Code: DOH) semalam untuk bertemu rakan-rakan di sana; yg juga anak-anak buah Shaklee, sebelum mendarat di Lapangan terbang Larnaka, Cyprus (Airport Code: LCA) keesokan harinya.

Jalan Jalan Cyprus jalan jalan cyprus Jalan Jalan Cyprus - 5 Perkara Yg Anda WAJIB Tahu & Perlu BUAT 10711184 10204678336261706 1374688226 n
Singgah Airport Doha yang baru je siap; setelah beratus-ratus kali tertunda dek CEO Qatar Airways yang demand macam2. “1st Airport that was designed by an Airlines” katanya.

Kami memang suka singgah Doha yang sangat panas tu (40C masa itu) kalau nak ke negara-negara Eropah, Mediterranean & Afrika. Keramahan rakyat Malaysia di sana membuatkan segalanya sejuk seperti di sini. Tambahan pula Qatar Airways juga adalah salah satu ahli OneWorld yang membolehkan kami mengumpul mata ganjaran Enrich Malaysia Airlines (MAS) setiap kali penerbangan.

Oh ye. Sebagai rujukan & panduan, kos kapal terbang kami anak beranak pergi/balik KUL-DOH-LCA sekitar RM4,300 seorang. Dan suka saya berkongsi sedikit sebanyak pengajaran & pelajaran yang patut di ambil sekiranya anda juga ingin jalan jalan Cyprus.

Tips Jalan Jalan Cyprus #1: DUA Negara Dalam SATU Pulau

Kepulauan Cyprus terbahagi kepada DUA bahagian, Republic of Cyprus di bahagian Selatan DAN Turkish Republic of Northern Cyprus (TRNC) di bahagian Utara. Nak cerita sejarah kenapa terbahagi kepada DUA negara walaupun dalam satu pulau yg agak kecil agak penjang, tapi kalau nak dipendekkan ceritanya begini,

Dengan sejarah, bahasa & tulisan, sebahagian penduduk Cyprus menganggap mereka lebih Greek Drpd Turkish; walaupun seluruh Cyprus adalah sebahagian daripada kerajaan Uthmaniyah (yang berpusat di Turki) suatu ketika dahulu. Banyak perselisihan faham di antara rakyat Cyprus (atau juga dikenali sebagai Cypriot) sehingga mereka mendapatkan sokongan luar (seperti biasa, kerajaan British) untuk keluar daripada wilayah jajahan Turki.

Sudah tentu apabila kerjaan Turki dapat tahu ada unsur-unsur tidak sihat sebegini; terutamanya yang melibatkan sokongan pihak luar pula, tentera mereka mula mengumpulkan kekuatan di kepulauan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan kedaulatan pulau ini terbela. Namun, dalam sejarah tindakan ini direkodkan sebagai Turkish Invasion atau Penjajahan Turki.

Apa yg nak dijajah kalau memang itu wilayah mereka sendiri, bukan?

Jalan Jalan Cyprus - Sempadan Utara/Selatan Cyprus jalan jalan cyprus Jalan Jalan Cyprus - 5 Perkara Yg Anda WAJIB Tahu & Perlu BUAT cyprus sm03

Tapi sebab bahagian Utara Cyprus dituduh DIJAJAH oleh kerajaan Turki tanpa sebarang persetujuan diplomatik/konsensus, seluruh dunia tidak mengiktiraf kedaulatan kerajaan ini. Bukan nak cakap apa la, tapi si Zionist yang tiba-tiba tubuhkan kerajaan Israel atas tanah Palestin dengan segala macam kekejaman yang terang-terang melanggar semua undang-undang kemanusian, boleh pula seluruh dunia iktiraf.

Akan saya kongsikan apa kesannya kepada anda sebagai pelancong atau pelawat ke bahagian Utara Cyprus ini. Adakah selamat? Perlu bawak senjata sebagai persediaan? atau boleh ke kita masuk bahagian utara Cyprus ni?

Sebelum itu…

Inilah Cyprus. Kalau boleh mereka taknak mengaku langsung ada kaitan dengan Turki. Sampai dalam rekod sejarah kalau Cyprus di bawah jajahan kerajaan lain (e.g. Roman & Byzantine) mereka mengaku sebahagian daripadanya tetapi semasa menjadi sebahagian daripada kerajaan Uthmaniyah mereka rekodkan sebagai “Cyprus Under Ottoman Empire” yang memberi gambaran seolah-oleh mereka dijajah dengan sebegitu terseksa. Kalau Roman atau Byzantine mereka tak pulak rekod sebagai “Cyprus Under Roman/Byzantine Empire”. Mungkin sebab Turki bukan ahli kesatuan Eropah seperti Jerman, Perancis atau Yunani (Greece).

Tips Jalan Jalan Cyprus #2: Masuk Melalui Bahagian Selatan Cyprus

Anda boleh masuk ke negara Cyprus melalui laut & udara, walaupun majoriti yang sampai ke sana adalah melalui udara. Ada TIGA lapangan terbang di kepulauan Cyprus; Paphos (PFO) & Larnaka (LCA) di Cyprus Selatan dan Ercan (ECN) di Cyprus Utara. Namun memandangkan seluruh dunia tidak mengiktiraf bahagian Utara Cyprus, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) tidak mengiktiraf lapangan terbang antarabangsa Ercan (ECN).

Justeru, sekiranya terjadi sebarang kemalangan, kehilangan atau perbalahan berkaitan lapangan terbang ini, IATA tidak masuk campur atas alasan segala penerbangan yang menggunakan lapangan terbang ini tidak menggunakan standard rasmi IATA.

Atas sebab ini jugalah, anda hanya boleh masuk ke Cyprus melalui lapangan terbang ini menggunakan penerbangan daripada Turki sahaja; tiada penerbangan antarabangsa yang masuk/keluar daripada lapangan terbang Ercan ini. Kalau nak masuk daripada atau keluar ke negara lain, anda perlu transit ke Turki dahulu sebelum ke Cyprus. Tidak lah terlalu teruk kerana anda boleh jalan jalan turki sambil transit di sana; jika anda tidak kisah dengan isu pengiktirafan IATA tu tadi.

Jika tidak, masuk lah ke bahagian Selatan Cyprus melalui lapangan terbang Larnaka (LCA) atau Paphos (PFO).

Tips Jalan Jalan Cyprus #3: Sewa Kenderaan Daripada Bahagian Selatan Cyprus JUGA

Jika anda merancang untuk menyewa kereta, saya cadangkan anda menyewa daripada syarikat Selatan Cyprus. Sebabnya, syarikat sewa kereta di Selatan Cyprus tidak menghalang anda untuk menggunakan kenderaan tersebut untuk ke Utara Cyprus. Berbeza jika anda menyewa kereta daripada syarikat di Utara Cyprus, mereka tidak membenarkan langsung anda membawa kenderaan sewa tersebut ke bahagian selatan. Anda perlu tinggalkan kereta di Utara Cyprus dan sewa kenderaan lain untuk ke Selatan Cyprus; agak leceh di situ.

Namun, ini bukan bermakna syarikat kereta sewa di Selatan Cyprus menggalakkan anda menyeberangi Utara Cyprus dengan kenderaan mereka. Malah, selagi boleh mereka akan mencadangkan agar anda tidak ke sana dengan kereta sewa mereka atas sebab ia tidak dilindungi insuran. Jika terjadi sebarang kemalangan atau kerosakan sepanjang berada di Utara Cyprus, kita sendiri yang perlu untuk membawanya ke sempadan Selatan Cyprus untuk mereka bertanggungjawab.

Namun, anda tidak perlu gelabah.

Kerana anda boleh membeli insuran kereta sebelum masuk ke Utara Cyprus. Sebenarnya, anda diwajibkan pun untuk memiliki insuran kereta Utara Cyprus sebelum pihak imegresen & kastam Turki membenarkan anda memasuki negara mereka. Kos insuran kereta sewa adalah €20 (RM85) untuk 3 hari. Jika masih ingin atau perlu melalui sempadan ini untuk hari ke-4, anda perlu membelinya sekali lagi;€20 (RM85) untuk 3 hari, di mana-mana checkpoint imegresen & kastam Turki.

Jalan Jalan Cyprus jalan jalan cyprus Jalan Jalan Cyprus - 5 Perkara Yg Anda WAJIB Tahu & Perlu BUAT 10708347 10204678367262481 189473743 n
Slip insuran kereta untuk bawa kenderaan masuk ke Utara Cyprus drpd Selatan.

Rancangan awal nak sewa Aston Martin sebab kos sewanya yang agak murah berbanding tempat lain. Tapi sebab ruang belakang tu tak muat untuk anak-anak duduk, kami sekeluarga menyewa SUV Ford Kuga daripada syarikat Sixt, dengan kos sewa €102 (RM430) sehari; termasuk 19% cukai tempatan. Untuk kadar sewa yang lebih murah (sedikit), anda boleh menyewa daripada syarikat-syarikat kecil tempatan.

Namun kami mengambil keputusan untuk menyewa daripada syarikat rangkaian antarabangsa (spt Avis, Hertz, Sixt, etc) kerana keadaan kenderaan-kenderaan mereka secara umumnya lebih baik lebih penting ianya very-well maintain. Ia mengurangkan risiko kereta rosak di tengah jalan, terutamanya apabila berada di Utara Cyprus.

Jalan Jalan Cyprus jalan jalan cyprus Jalan Jalan Cyprus - 5 Perkara Yg Anda WAJIB Tahu & Perlu BUAT 10685670 10204678367382484 1061632206 o 2
Book SUV VW Tiguan & dapat SUV Ford Kuga. Ruang yang luas & selesa; sesuai untuk seisi keluarga. KLIK photo ni untuk gambar yg lebih Sharp & Cantik sangat2.

Tips Jalan Jalan Cyprus #4: Menetap di Selatan Cyprus Sekurang-Kurangnya Hari Pertama

Anda bebas untuk menginap di mana-mana bahagian Cyprus, sama ada di bahagian Selatan di bawah naugan Republik Cyprus mahupun di bahagian Utara di bawah kawalan Republik Turki. Daripada pengalaman & pemerhatian kami sepanjang berada di sana, kedua-duanya pun sama selamat (atau bahaya, kalau dalam perspektif yang berbeza).

Namun, jika anda masuk ke Cyprus melalui wilayah Selatan, ada baiknya anda menginap di situ sekurang-kurangnya untuk hari pertama. Pertama, pihak imegresen Selatan Cyprus tidak terlalu banyak soal jika anda menginap di wilayah yang sama. Kalau nak tahu, pelawat sebelah kami yang masuk menggunakan travel agent sekalipun; tetapi menginap di bahagian Utara Cyprus, sangkut beberapa beberapa kali dek soalan bertubi-tubi pihak imegresen. Antara soalan (yang saya curi-curi dengar),

  • kenapa nak menginap di Utara, bukan di Selatan Cyprus
  • kalau nak menginap di Utara, kenapa masuk daripada Selatan
  • apa nak buat di Utara sebelum/selepas melawat Selatan, etc

Kadang-kadang, orang Selatan Cyprus pantang dengar/nampak tulisan “Northern Cyprus”. Semasa berada di lapangan terbang Larnaka (LCA) sebelum mengambil kunci kereta sewa, saya ke pondok tukaran matawang kerana ingin tahu jika saya perlu membawa matawang lain selain matawang Euro. Bila saya tanya soalan “di Utara gunakan matawang Euro jugak ke?”, pegawai tu jawab “over here we use Euro. over there i have no idea”.

Macam lah aku tanya “kat Addis Ababa guna matawang apa”.

Logik ke kalau kita yang kerja hari-hari pegang duit kertas macam-macam negara tak tahu matawang apa yang negara jiran kita; macam Thailand, Singapore, Brunei & Indonedia, pakai? Jawapan pegawai tu betul-betul buat saya takde mood nak tukar £100-300 kepada Turkis Lira (simbol matawang: Turkish lira symbol 8x10px.png jalan jalan cyprus Jalan Jalan Cyprus - 5 Perkara Yg Anda WAJIB Tahu & Perlu BUAT Turkish lira symbol px).

Ya, Utara Cyprus guna matawang Turkish Lira. Nama pun Turkish Republik.

Mereka memang agak sensitif pasal isu Utara/Selatan Cyprus ni. Malah, hampir semua buku mencadangkan “jangan sesekali buka cerita pasal kenapa Cyprus ada dua negara” kerana ia boleh mengundang kebencian mereka pada kita. Sampai syarikat kereta sewa rangkaian antarabangsa pun pernah batalkan penempahan seorang pelawat yang menggunakan alamat penginapan hotel di Utara Cyprus. Justeru, menginaplah di Selatan Cyprus, sekurang-kurangnya sekadar buat syarat.

Tips Jalan Jalan Cyprus #5: JANGAN Cop Pasport Setiap Kali Lalu Sempadan Utara-Selatan Cyprus

Memandangkan Utara & Selatan Cyprus adalah dua entiti/wilayah/negara yang berbeza, anda perlu melalui pihak imegresen Turki (kalau daripada Selatan nak ke Utara Cyprus) dan imegresen Cyprus/Euro (kalau daripada Utara nak ke Selatan Cyprus). Ini juga bermakna, pasport anda bakal di cop oleh pihak imegresen Turki. Jika pasport masih baru atau kosong, anda mungkin tak sabar nak kumpul cop-cop negara-negara ini sebagai cenderamata atau bukti/tanda yang “kita dah pernah sampai”.

Saya cadangkan, jangan terburu-buru setuju untuk cop imegresen Turki-Cyprus ini dalam pasport anda.

Ingat, kerajaan Turki di Cyprus dianggap tidak sah oleh negara-negara berdaulat yang lain. Sebarang cop negara tidak berdaulat atau “negara-negara blacklist” boleh mengundang persepsi negatif pihak imegresen negara lain sekiranya anda ingin ke sana. Di beritakan pernah terjadi imegresen Yunani (Greece) tidak membenarkan pelawat yang ingin masuk ke negaranya selepas didapati ada cop imegresen Turki-Cyprus dalam pasportnya. Dan orang/kerajaan Yunani (Greece) antara pembantah no 1 pendudukan Turki di wilayah Cyprus.

Pertelingkahan & perbalahan tentang isu Utara/Selatan Cyprus ini semakin berkurangan akhir-akhir ini. Buktinya mereka saling mencari jalan untuk menyatukan kepulauan Cyprus ini demi kebaikan seluruh penduduk dengan menambah jumlah checkpoint untuk menyeberangi sempadan daripada semasa ke semasa. Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak juga dilihat semakin rancak. Namun, itu tidak bermakna kita tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga; sekurang-kurangnya menyelamatkan pasport peribadi kita daripada cop negara-negara yang boleh mendatangkan kontroversi pihak imegresen.

Jadi, macam mana nak buat?

TOP 9 Tips Beli Tiket Kapal Terbang Murah Atau PERCUMA!

Sejak April 2012 hingga 2014, saya, isteri & anak-anak sudah mengembara sejauh 229,698 batu menggunakan berbagai-bagai syarikat kapal terbang dan kelas penerbangan menyeberangi ENAM benua di seluruh dunia. Perjalanan kami yang beratus ribu batu ini bersamaan,

  1. 5x ulang-alik antara Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu SETIAP MINGGU
  2. 4x ulang-alik antara Kuala Lumpur ke Hong Kong SETIAP BULAN, atau
  3. 13x ulang-alik antara Kuala Lumpur ke Kota London SETIAP TAHUN!

Banyak pengalaman & pengajaran yang kami perolehi sepanjang mengembara menggunakan kapal terbang sejauh ini. Antaranya ialah,

  1. bagaimana nak dapatkan tiket kapal terbang yang murah daripada biasa,
  2. cara untuk mendapatkan tiket kapal terbang kelas perniagaan (dan juga kelas pertama) yang jauh lebih murah daripada tiket kapal terbang kelas ekonomi untuk perjalanan DAN syarikat penerbangan yang SAMA
  3. tips mendapatkan tiket-tiket kapal terbang ke luar negara yang nilainya berpuluh ribu ringgit secara PERCUMA!

Nak tahu jawapannya?

Teruskan membaca….

 

NO 9: Guna Khidmat KAYAK.com

 

Paling mudah, mulakan carian tiket kapal terbang di laman web yang menyediakan khidmat perbandingan harga hanya dengan sekali carian. Antara laman web yang memudahkan anda mencari tiket kapal terbang termurah ialah itaSoftware (milik Google), SkyScanner (boleh bandingkan tarikh tiket termurah), FlightCompare (aplikasi telefon pintar), dll.

Dalam banyak-banyak laman web, saya paling suka KAYAK.com kerana ia terlalu mudah digunakan (hanya masukkan tarikh & destinasi perjalanan), mempunyai aplikasi telefon pintar (saya banyak menggunakan iPhone dalam mengorek tiket kapal terbang termurah) & aplikasi telefon pintarnya yang sangat stabil (tidak terlalu berat & jarang sangat tiba-tiba crash).

Walaupun Syarikat tambang murah seperti AirAsia terkenal dengan tiketnya yang murahnya, KAYAK boleh membantu anda mencari tiket penerbangan tambang penuh; seperti Malaysia Airline (MAS), yang sebenarnya lebih murah.

Harga tiket kapal terbang murah tiket kapal terbang TOP 9 Tips Beli Tiket Kapal Terbang Murah Atau PERCUMA! Kayak

Selain mencari tiket kapal terbang murah, saya juga menggunakan KAYAK untuk,

  1. mengetahui pilihan syarikat penerbangan untuk laluan/destinasi tersebut.
  2. merancang lokasi/negara transit menarik yang boleh disinggah & dilawati.
  3. mengkaji jenis kapal terbang & model yang digunakan; Airbus, Boeing, dsb.

Namun begitu, KAYAK ada beberapa kelemahan yang perlu anda tahu.

  1. tak semua syarikat kapal terbang yang melalui laluan tersebut akan muncul. Contohnya Malindo Air tiada dalam paparan KAYAK untuk laluan Kuala Lumpur – Miri walaupun sebenarnya mereka menyediakan laluan tersebut.
  2. ia tidak memaparkan harga terkini berbanding laman web rasmi syarikat penerbangan terbabit. Contohnya harga tiket AirAsia yang dipaparkan dalam KAYAK tak sama dengan laman web rasmi AirAsia (tak termasuk luggage). Contoh lain, KAYAK agak lambat mengemaskini harga terkini seandainya syarikat penerbangan terbabit mengadakan promosi-promosi tertentu.

Justeru, saya hanya menggunakan KAYAK diperingkat permulaan sahaja bagi mendapatkan idea syarikat mana yang menyediakan harga yang berbaloi-baloi untuk destinasi yang ingin dilawati. Tidak lebih daripada itu.

 

NO 8: Pilih Laluan Dgn Kekerapan Penerbangan Yg Tinggi

 

Kekerapan sesuatu syarikat penerbangan ke mana-mana destinasi tidak sama. Contohnya, kekerapan penerbangan AirAsia daripada Kuala Lumpur ke Chiang Mai (Penerbangan 2 Jam 50 Min) hanya SATU hingga DUA kali sehari. Tapi, kekerapan penerbangan syarikat yang sama (AirAsia) daripada Kuala Lumpur ke Bali (3 Jam Penerbangan) adalah lebih tinggi, LIMA kali sehari.

Tiket kapal terbang murah airasia tiket kapal terbang TOP 9 Tips Beli Tiket Kapal Terbang Murah Atau PERCUMA! AirAsia

Anda akan dapati,

  1. harga tiket ke Bali lebih murah berbanding harga tiket ke Chiang Mai, walaupun hakikatnya perjalanan ke Chiang Mai lebih jauh daripada Bali.
  2. syarikat penerbangan lebih kerap membuat promosi untuk laluan-laluan dengan kekerapan yang tinggi, berbanding laluan yang tidak terlalu kerap.

Kenapa kekerapan laluan penerbangan memainkan peranan penting?

Jawapannya ialah laluan dengan kekerapan yang tinggi menggambarkan permintaan (Demand) untuk laluan tersebut juga tinggi. Permintaan yang tinggi membuatkan syarikat penerbangan lain berlumba-lumba untuk bersaing, justeru mereka lebih cenderung untuk merendah-rendahkan harga.

Laluan Kuala Lumpur – Chiang Mai pula berbeza. Setakat ini AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menyediakan laluan ini (laluan terus tanpa perlu transit di mana-mana). Oleh itu, AirAsia tiada keperluan atau tidak terlalu terdesak untuk merendah-rendahkan harga.

 

NO 7: Beli Tiket Pergi & Balik Sekaligus

 

Jika anda beli secara berasingan, harga tiket MAS ke Singapura,

  • KUL->SIN (17/09 Jam 8.05pagi): RM482
  • SIN->KUL (24/09 Jam 1.40ptg): SGD74 atau RM187
Tiket kapal terbang murah MAS tiket kapal terbang TOP 9 Tips Beli Tiket Kapal Terbang Murah Atau PERCUMA! Tiket MAS Return

Jumlahnya adalah RM482 + RM187 = RM669. Akan tetapi, jika anda beli tiket pergi dan balik untuk tarikh & waktu yang sama seperti di atas, anda hanya perlu mengeluarkan belanja RM504, JIMAT RM165 seorang!

Jumlah penjimatan akan jadi lebih ketara jika anda memilih destinasi dengan matawang yang lebih tinggi; seperti London (Pound Sterling), Paris (Euro) & Australia (Ausralian Dollar). Oleh itu, selagi boleh beli lah tiket pergi & balik sekaligus.

Kalau nak pergi ke destinasi A tapi pulang daripada destinasi lain (contohnya ingin terbang ke London tapi ingin pulang ke Malaysia daripada Paris), macam mana? Nah, teruskan membaca…

 

NO 6: Guna Pilihan “Multi-City” Drpd Syarikat Penerbangan Yang SAMA

 

Hampir semua syarikat penerbangan menyediakan pilihan “Multi-City” di laman web masing-masing. Contohnya seperti di bawah,

MultiCityMAS2 tiket kapal terbang TOP 9 Tips Beli Tiket Kapal Terbang Murah Atau PERCUMA! MultiCityMAS2

Sebagai contoh, dengan menggunakan pilihan “Multi-City” ini, anda hanya perlu membayar RM3,188 untuk pergi ke London tapi pulang daripada Paris (rujuk Gambar di bawah).

Tiket kapal terbang murah tiket kapal terbang TOP 9 Tips Beli Tiket Kapal Terbang Murah Atau PERCUMA! Multicity2

Namun, jika anda membeli kedua-dua tiket ini secara berasingan, perjalanan & penerbangan yang sama menelan belanja RM5,102 (RM2,300 untuk KUL->LHR & EUR559 atau RM2,802 untuk CDG->KUL), RM1,914 lebih MAHAL!

Sanggup membazir sebanyak ini?

Kalau tak sanggup, teruskan membaca…